Penyakit Hati

[20 Penyakit Hati terhadap Allah]



 Tidak khusyuk beribadah
 Lalai dari mengingati Allah
 Tidak yakin dengan Allah
 Tidak ikhlas dengan Allah
 Tidak takut pada ancaman Allah
 Tidak harap pada rahmat Allah
 Tidak redha akan takdir Allah
 Tidak puas dengan pemberian Allah
 Tidak sabar atas ujian Allah
 Tidak bersyukur atas nikmat-Nya
 Tidak terasa hebatnya Allah
 Tidak rindu dan cinta pada Allah
 Tidak tawakkal pada Allah
 Tidak rindu pada syurga
 Tidak takut pada neraka
 Gila pada hal keduniaan
 Buang masa dengan sia-sia
 Takut pada orang dan makhluk lain selain Allah
 Riak & takbur
 Gila pujian & kemasyuran


Rezeki Allah itu Luas

Dikurniakan tubuh badan yang sihat oleh Allah Taala adalah satu nikmat kepada manusia. Dengan nikmat tubuh badan yang sihat ini, kita mampu bekerja mencari rezeki, beriadah bersama keluarga, melakukan pelbagai aktiviti kegemaran dan macam-macam lagi.

Berusaha dengan tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah memang menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim yang bertakwa. Allah SWT menyeru kita agar bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki sebaik sahaja selesai menunaikan kewajipan dan tuntutan kepadaNya.



Firman Allah SWT: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah al-Jumu’ah, ayat 10) .



Rezeki Allah itu luas…

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.  Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas. Berusahalah dengan jalan sabar, tekun, bertanggungjawab dan bertawakkal kepada Allah. Kadang-kadang kita hanya pandai merungut dan meminta-minta, sedangkan kita belum cukup berusaha. Berusaha dan berdoalah, pasti Allah akan membantu kita. Namun seringkali kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi kehidupan seharian dirasakan tiada perubahan dan makin terhimpit. Berbaik sangkalah dengan Allah, kerana Allah pasti akan memakbulkan doa kita. Mungkin hanya masa yang menentukan, sama ada lambat atau cepat. Ada kala Allah tidak memberi seperti apa yang kita minta kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Rezeki bukan hanya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Dianugerahkan dengan anak yang ramai juga merupakan rezeki daripada Allah. Ada sesetengah daripada kita tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lama mendirikan rumahtangga. Beribu-ribu wang dihabiskan, berpuluh pakar ditemui, pelbagai kaedah digunakan tetapi masih belum berhasil. Bersyukurlah dengan nikmat dan rezeki Allah ini kepada yang telah memiliki anak. Kepada yang tiada rezeki anak, mungkin diberikan mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki wang ringgit dan harta benda, mungkin Allah berikan kita dengan rezeki kesihatan. Maka kita lebih gembira dengan kehidupan kita yang sentiasa sihat dan ceria. Jauh dari kerisauan untuk menjaga harta benda. Apa guna memiliki kekayaan melimpah ruah jika tubuh badan tidak sihat? Pasti tidak gembira kan?

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang memberikan masalah. Maka kita lebih bahagia dan gembira dari membayar kerosakan yang mahal.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki memiliki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki dalam bentuk makanan yang tak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dan gembira dari si gelandangan.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki pasangan hidup yang cantik, mungkin diberikan rezeki dengan pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana mendapat teman yang menyejukkan hati dan kehidupan berkeluarga sentiasa terjaga.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki pada hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada keesokkan hari. Maka kita lebih bahagia dan gembira kerana memperolehi rezeki yang tidak dijangka.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Dia Allah yang maha adil lagi maha memberi.


Penjagaan Gigi

Gigi adalah salah satu anggota badan yang kita perlu jaga kerana jika gigi anda patah atau rosak, tidak akan ada gigi baru yang akan tumbuh. Akibat daripada kelalaian menjaga gigi, anda mungkin terpaksa memakai gigi palsu buat seumur hidup anda.



1- Cara menjaga gigi yang pertama adalah anda perlu gosok gigi dengan serius. Ramai orang gosok gigi dengan perasaan tidak serius di mana mereka hanya lalukan sahaja berus gigi tanpa meneka atau menyental. Akibatnya kotoran pada gigi tidak tertanggal. Anda perlu tenyeh dan sental gigi anda dengan berus gigi supaya semua kotoran pada gigi keluar.

2- Selepas makan, anda buang semua cebisan makanan yang terlekat pada gigi anda. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan. Tips menjaga gigi ini adalah penting untuk anda ikut kerana ia memastikan gigi anda bebas daripada bakteria.

3- Cepat–cepat gosok dan bersihkan gigi selepas anda melakukan perbuatan yang boleh merosakkan gigi. Antara perbuatan yang boleh merosakkan gigi adalah merokok, makan makanan manis, minum arak, minum teh dan minum air kopi.

4- Gunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol untuk membunuh semua bakteria yang terdapat di dalam mulut anda. Tips menjaga gigi ini anda amalkan setiap kali sebelum tidur.

5- Ambil banyak makanan yang ada fiber kerana ia boleh membantu untuk menguatkan gigi anda.
Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap dengan orang, bertemu klien jika dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sepasang gigi yang putih berseri. Ketahu rahsia bagaimana hendak memutihkan gigi dalam hanya 7 hari DI SINI !

Khasiat Garam Buluh

Kajian daripada saintis-saintis mendapati garam buluh mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Berikut adalah beberapa hasil penemuan daripada saintis-saintis yang mengkaji tentang garam buluh:



1. Anti-alergik
Mengehadkan tindak balas alergi dengan menghalang pembentukan bengkak akibat alergik (Shin, Hey-Yong., 2004)

2. Anti-kanser
Garam buluh mengandungi esktrak methanol yang mempunyai kesan anti-mutasi yang boleh mengurangkan pembentukan sel-sel kanser di dalam badan. (Hwang, Kyung-Mi, et. al., 2007; Park, Kun-Young et. Al., 2012).

3. Melawan obesiti
Kajian terbaru mendapati garam buluh mengurangkan berat badan dengan menurunkan paras lipid (lemak) di dalam tisu badan. (Park, Kun-Young, et.al., 2013)

4. Merawat masalah gigi
Saintis mendapati pesakit gigi menggunakan garam buluh untuk menguatkan enamel gigi, masalah pembentukan plak dan gingivitis. (Min, B.S., et al., 1995)

5. Mengurangkan fungsi keradangan
Garam buluh lebih berkesan untuk mengurangkan masalah keradangan dan penyakit yang berkaitan dengan keradangan berbanding garam biasa (Shin, Hye-Young, et.al., 2003)

6. Anti pertumbuhan mikroorganisma
Kajian makmal mendapati di antara 20 jenis garam (garam halus, garam proses, garam laut dan garam buluh), hanya garam buluh mempunyai sifat untuk menentang pertumbuhan mikroorganisna bernama Salmonella (Moon, JH, et.al., 2009)

7. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
Garam buluh mengandungi bahan kimia khas yang menghalang proses kematian sel-sel badan yang penting seperti sel kohlear yang berfungsi untuk pendengaran. Kemoterapi mempercepatkan kematian sel-sel badan manakala garam buluh menghalangnya (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)

8. Penjagaan telinga
Khasiat magnesium di dalam garam buluh mampu mengurangkan masalah kehilangan pendengaran (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)

9. Merawat ulser dan gastrik
Garam buluh menghasilkan hydrogen sulfida mampu bertindak sebagai pemancar yang memperbaiki fungski fisiologi badan   terutamanya masalah sistem pencernaan badan (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)

10. Diabetis
Garam buluh membantu peningkatan paras glukosa di dalam badan dan pengambilan glukosa di dalam otot (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)

11. Merawat arthritis
Jika digunakan bersama rawatan akupuntur, ia boleh merawat arthritis (Xu, Kai-Sheng, 2009). Kandungan magnesium di dalam garam buluh yang tinggi berbanding di dalam garam lain mampu mengurangkan masalah sakit sendi dan otot.

12. Rawatan untuk sakit tekak
Garam buluh yang bertindak sebagai ejen penghalang keradangan mampu mengurangkan bengkak di dalam tekak dan mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan itu (Choi, CH, et. Al., 2012)

Daripada bukti-bukti klinikal di atas, ini membuktikan bahawa khasiat garam buluh sememangnya baik untuk kesihatan dan sebagai alternatif kepada garam proses yang biasa kita ambil. Apa yang boleh difahami daripada proses penghasilan garam buluh ini adalah ianya satu proses untuk mengembalikan khasiat garam yang sudah hilang.

Sudah tiba masanya untuk mendapatkan kembali mendapatkan khasiat sebenar daripada garam. Garam buluh yang dibakar sembilan kali adalah pilihan terbaik untuk menyedapkan masakan dan untuk kesihatan yang menyeluruh.

Garam Buluh


Adakah garam yang anda ambil setiap hari dapat mencukupi keperluan kesihatan anda?

Cuba fikir kembali.  Dengan beberapa sudu yang anda tambah ke dalam masakan, ia hanya mencukupkan kesedapan rasa. Kalau terlebih, ia akan menjadi terlalu masin.

Umum mengetahui bahawa garam adalah di antara ramuan penting yang sering digunakan di dalam makanan. Tanpa garam maka tidak enaklah makanan yang itu.

Garam sememangnya baik untuk kesihatan. Ia mampu untuk menstabilkan tekanan darah dan membantu fungsi sistem saraf dan otot dengan baik. Namun, garam yang diambil di dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan risiko mendapat strok dan penyakit kardivaskular. Oleh itu, pengambilan perlu dihadkan kepada 5 gram garam sehari (sumber WHO).

Persoalan di sini bukanlah tentang sebanyak mana garam yang diambil. Ia adalah tentang garam itu sendiri. Adakah ianya benar-benar menyihatkan? Untuk menjawab persoalan itu, mari kita teliti perihal sebenar garam yang kita ambil.


Apa yang ada di dalam garam biasa?

Pada asalnya, garam adalah bersifat semulajadi, tidak diubah, tidak bertapis, berbentuk kristal dan mengandungi mineral. Namun, apabila melalui proses kimia, struktur dan kandungan utama di dalam garan telah dilunturkan dan dibersihkan. Mineral penting seperti magnesium, kalsium, potassium dan sebagainya hilang bersama dengan proses kimia ini. Yang tinggal hanyalah dua elemen asas iaitu natrium dan klorida.

Proses ini dilakukan supaya ia mudah dicampurkan dengan bahan-bahan lain terutamanya di dalam masakan. Namun, ia mendatangkan kesan tidak baik kepada tubuh badan manusia. Ini kerana garam yang diproses mengandungi bahan penyerap kelembapan yang bernama ferrosianida dan aluminosilikat. Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan manusia.

Adalah sukar untuk mendapatkan garam yang masih belum diproses dan mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Anda perlu membayar dengan harga yang agak tinggi utnuk mendapatkannya.

Jadi, bagaimana untuk mendapatkan garam yang mengandungi semua khasiat mineral untuk tubuh badan dan tidak berbahaya kepada kesihatan?




Penawar yang terhasil daripada garam yang telah dibakar.

Garam buluh adalah satu inovasi garam yang dianggap sebagai garam ajaib kerana mampu merawat kanser, sakit mulut, penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan badan, merawat jerawat dan meremajakan wajah.

Berasal dari Korea, ia dihasilkan dengan memasukkan garam ke dalam bekas buluh dengan hujung bekas itu disalut dengan tanah liat asli yang kaya dengan garam mineral. Bekas tersebut kemudian dibakar di dalam relau dengan kayu pain sebagai bahan bakarnya. Proses ini mengambil masa selama 10 jam dengan suhu pemanasan di antara 1000-1500 darjah Celsius.

Prosedur ini diulang beberapa kali di antara 3 ke 9 kali. Daripada pemerhatian saintis, keberkesanan garam buluh akan lebih baik jika dibakar lebih lama. Kaedah pembakaran berulang akan meningkatkan penyerapan garam mineral dari buluh dan tanah liat ke dalam garam laut.

Garam buluh dilabel mengikut berapa lama ia dibakar. Label-label seperti 1 kali, 2 kali, 3 kali, 6 kali dan 9 kali menunjukkan bilangan proses memanggang garam buluh. Lebih besar nombornya, lebih banyak kandungan mineral di dalamnya.

Aurat Wanita

Apakah batasan aurat wanita?

Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;
1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
2. Aurat di hadapan mahram
3. Aurat di hadapan wanita lain

Apakah aurat wanita dengan suaminya?

Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Siapakah mahram bagi seorang wanita? Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

Namun ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram. Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan; “Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain. Pandangan kedua inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita berbanding pandangan jumhur tadi.





Merujuk kepada huraian kita sebelum ini, maka kita akan dapati bahawa perhiasan pada badan wanita itu ada dua jenis

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan muka dan tangan (seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan) kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat 31 (dari surah an-Nur) di atas.

Jadi, hukum perhiasan adalah mengikut hukum tempat beradanya perhiasan itu. Jika ia berada di kawasan badan yang harus didedahkan (iaitu muka dan dua tangan), maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga harus. Jika ia berada di kawasan badan yang haram didedahkan, maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga adalah haram.

Selain di hadapan suami dan mahram, di hadapan siapa lagi wanita diberi kelonggaran untuk memperlihatkan perhiasan khafiynya?

1. Sama-sama kaum wanita
2. Di hadapan hamba-hamba mereka
3. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
4. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.


Apakah batasan aurat sesama wanita?

1. Aurat di hadapan wanita Islam. 

Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan mahramnya, iaitu;

a) Menurut jumhur ulamak; antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur ini, harus seorang wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian antara pusat dan lutut sahaja.

b) Menurut sebahagian ulamak; seluruh badannya adalah aurat kecuali kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betis. Jadi menurut pandangan ini, harus seorang wanita mendedahkan kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betisnya di hadapan wanita Islam. Bahagian lain tidak harus didedahkan kerana ia masih tetap aurat walaupun di hadapan wanita Islam. 

2. Aurat di hadapan wanita kafir

Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir;

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam tadi iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.

Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak;

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.



Credit to: Laman Fiqh Anda

Nilai Tudung Wanita

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.

Kesimpulannya, pemakaian tudung adalah suatu kewajiban syara’. Ia bukanlah isu yang terkait dengan pilihan peribadi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang terpesong. Tudung juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya orang Melayu. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syara’nya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah diperhebatkan. Ini adalah perlu kerana ramai di antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia tidak difahamkan dengan jelas, sama ada oleh individu-individu di sekelilingnya, masyarakat, keluarga mahupun pemerintah tentang kewajiban mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di sisi syara’. Dengan pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai aturan syara’ dalam penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan yang amat tinggi di dalam masyarakat; tegur menegur atas kebaikan, khususnya di dalam isu pemakaian tudung dan busana Islam yang betul akan berleluasa dan nuansa Islam akan menyelubungi seluruh umat.

Selamat Datang

Assalamulaikum....

Alhamdulillah, dengan pembukaan website AsyElla ini, inshaAllah semakin ramai yang dapat mengetahui kebaikan pelbagai produk Marine Essence dan RZN Beauty untuk penjagaan diri dan seisi keluarga.





Disamping itu, para wanita tidak lagi perlu pening kepala untuk mencari pelbagai koleksi tudung yang exclusive tetapi murah dan berbaloiiii agar sentiasa tampil anggun dan menawan mengikut syariat Islam.



Nabella Hijab menyediakan satu platform bagi penggemar tudung bawal, tudung sarung dan shawl. Malahan, sesiapa yang sentiasa sibuk dan tidak sempat menelek diri dihadapan cermin terlalu lama juga boleh membeli instant shawl (ala ala shawl tetapi sarung) daripada Nabella Hijab.

Mengapa perlu berbalanja lebih jika anda boleh membeli barangan yang sangat berkualiti tinggi dengan harga yang murah ?