Bahaya Demam Kepialu

Assalamualaikum

Apakah demam kepialu (Tifoid)?

Ia adalah satu jangkitan bawaan makanan disebakan bakteria Salmonella typhi. Bakteria ini terdapat didalam darah, urin dan najis. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam kepialu. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Cara penularan
- Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria tifoid
- Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit/pembawa.
- Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria tersebut.
- Menggunakan bekalan air tidak bersih.

Tanda-tanda / gejala
- Sakit kepala
- Mata layu dan cengkung
- Demam panas berpanjangan
- Ruam (bintik bitik merah)
- Sembelit
- Sakit badan/letih
- Cirit-birit
- Kurang selera makan
- Sakit perut
- Pengsan/meracau

Bahaya demam kepialu
- Bahagian usus pesakit yang dijangkiti bakteria boleh pecah/bocor dan mengakibatkan pendarahan
- Bakteria masuk ke dalam sistem darah dan boleh menyebabkan komplikasi pada organ-organ lain selain usus
- Boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapatkan rawatan awal

Langkah pencegahan
- Segera ke klinik/hospital jika mengalami demam, cirit birit atau sakit perut
- Minum air yang dimasak
- Makan makanan yang brau dimasak
- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas
- Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan bersih sebelum dimakan
- Tutup semua makanan dan minuman supaya tidak dihinggapi lalat
- Gunakan sudu/garfu/penyepit yang bersih untuk mengambil makanan
- Bersihkan kawasan rumah supaya lalat tidak membiak
- Gunakan tandas yang sempurna
- Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih






Puasa 10 Muharram

Assalamualaikum.



Untuk perkongsian bersama, 

Puasa 10 Muharam dapat mengahapuskan dosa setahun yang lalu (InshaAllah).

Dari Abi Qatadah r.a katanya: Rasulullah SAW ditanya tentang Puasa Asyura' (yakni 10 Muharam). baginda bersabda, "Ianya menghapuskan dosa setahun yang lalu." - Hadith Riwayat Muslim

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda, "Kalau aku hidup hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa 9 Muharam juga." - Hadith Riwayat Muslim

Hikmah berpuasa 9 Muharam adalah adanya kemungkinan kekeliruan dalam memastikan awal bulan dan juga membezakan puasa kita dengan kaum yahudi yang hanya berpuasa 10 Muharam sahaja. Oleh kerana itu, digalakkan berpuasa 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam.