Bahaya Demam Kepialu

Assalamualaikum

Apakah demam kepialu (Tifoid)?

Ia adalah satu jangkitan bawaan makanan disebakan bakteria Salmonella typhi. Bakteria ini terdapat didalam darah, urin dan najis. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam kepialu. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Cara penularan
- Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria tifoid
- Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit/pembawa.
- Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria tersebut.
- Menggunakan bekalan air tidak bersih.

Tanda-tanda / gejala
- Sakit kepala
- Mata layu dan cengkung
- Demam panas berpanjangan
- Ruam (bintik bitik merah)
- Sembelit
- Sakit badan/letih
- Cirit-birit
- Kurang selera makan
- Sakit perut
- Pengsan/meracau

Bahaya demam kepialu
- Bahagian usus pesakit yang dijangkiti bakteria boleh pecah/bocor dan mengakibatkan pendarahan
- Bakteria masuk ke dalam sistem darah dan boleh menyebabkan komplikasi pada organ-organ lain selain usus
- Boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapatkan rawatan awal

Langkah pencegahan
- Segera ke klinik/hospital jika mengalami demam, cirit birit atau sakit perut
- Minum air yang dimasak
- Makan makanan yang brau dimasak
- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas
- Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan bersih sebelum dimakan
- Tutup semua makanan dan minuman supaya tidak dihinggapi lalat
- Gunakan sudu/garfu/penyepit yang bersih untuk mengambil makanan
- Bersihkan kawasan rumah supaya lalat tidak membiak
- Gunakan tandas yang sempurna
- Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih






Puasa 10 Muharram

Assalamualaikum.



Untuk perkongsian bersama, 

Puasa 10 Muharam dapat mengahapuskan dosa setahun yang lalu (InshaAllah).

Dari Abi Qatadah r.a katanya: Rasulullah SAW ditanya tentang Puasa Asyura' (yakni 10 Muharam). baginda bersabda, "Ianya menghapuskan dosa setahun yang lalu." - Hadith Riwayat Muslim

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda, "Kalau aku hidup hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa 9 Muharam juga." - Hadith Riwayat Muslim

Hikmah berpuasa 9 Muharam adalah adanya kemungkinan kekeliruan dalam memastikan awal bulan dan juga membezakan puasa kita dengan kaum yahudi yang hanya berpuasa 10 Muharam sahaja. Oleh kerana itu, digalakkan berpuasa 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam.




Bahaya Kandungan Paraben

APAKAH PARABEN?

Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman. Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butyparaben, atau isopropylparaben yang terdapat dalam alat solek/kosmetik, shampoo, krim pelembab, krim pencukur, personal  lubricants dan ubat gigi.




BAHAYA PARABEN

1) Paraben ni menyerupai  hormone dan ia boleh menggangu fungsi sistem endocrine. Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki

2) Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben

3) Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit. Paraben yang diambil melalui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.

4) Sekiranya  mempunyai kulit yang sensitive, paraben akan menyebabkan reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitive walaupun mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.


CARA MENCEGAH

Jadi, anda perlu mengambil tindakan segera dan berhenti menggunakannya. Gunalah alat solek/kosmetik, shampoo, krim pelembab, krim pencukur, personal lubricants dan ubat gigi yang tidak mengandungi bahan paraben.
Bertukarlah kepada produk yang berasaskan tumbuhan organik dan semulajadi seperti Produk-produk Marine Essence yang 100% ramuannya daripada bahan semulajadi serta menggunakan teknologi garam buluh. 
Boleh baca DISINI dan DISINI tentang kebaikan dan khasiat garam buluh.


Nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk Marine Essence? Klik disini > Produk Marine Essence




Ibadah Korban

Korban atau ‘udhiyah’ bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Dalam bahasa Arab, Udhhiyyah. Idhhiyyah, Dhahiyyah, Dhihiyyah, Adhhat, Idhhat, bererti haiwan yang disembelih dengan tujuan taqarrub kepada ALLAH pada hari Aidiladha sampai akhir hari-hari Tasyrik.

Firman Allah:
فَصَلِّ لِرَ‌بِّكَ وَانْحَرْ‌ ﴿٢
“Oleh itu, solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)..”  Surah Al-Kautsar: 2.

Jadikanlah korban yang dikerjakan ikhlas dan diniatkan hanya semata-mata untuk Allah SWT, tidak kepada selain daripada-Nya, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianuggerahkan Allah yang tidak terhingga banyaknya.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”   (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)


A).  HUKUM KORBAN
Menyembelih korban adalah sunat muakkad dan menghampiri kepada wajib bagi yang berkemampuan.

B).  FADILAT KORBAN
Korban akan meenjadi kenderaan ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Ibadah yang menyelamatkan empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.

C).  HAIWAN KORBAN

a- Jenis Haiwan
1. Unta untuk 10 orang
2. Lembu untuk 7 orang
3. Kambing untuk 1 orang.

b- Haiwan yang dilarang:
Syarat haiwan untuk ibadat korban haruslah sihat dan sempurna serta tidak:
Sakit.
Buta
Cacat.
Kurus.
Bunting
Haiwan yang sudah tua renta dan tidak bersum-sum lagi.

c- Anggaran Umur Haiwan
1. Unta: 3 – 5 tahun
2. Lembu: 2 tahun
3. Kambing: 1 tahun.

d- Warna Haiwan Korban
Keutamaan haiwan korban itu adalah yang berwarna putih. Kemudian kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya. Kemudian haiwan yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan haiwan korban yang berwarna merah bulunya.



D).  KEUTAMAAN HAIWAN KORBAN
Lebih afdal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.

Seekor unta, lembu atau kerbau yang dibuat korban boleh dikongsi oleh tujuh orang, walaupun tidak semuanya bermaksud korban. Misalnya, ada antaranya bermaksud akikah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya saja.

Berkorban dengan seekor kambing lebih afdal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang. Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang, tetapi pahala berkorban dengan seekor korban itu harus dikongsi dengan orang lain.
Berkorban dengan tujuh kambing itu lebih afdal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.

E).  WAKTU PELAKSANAAN IBADAT KORBAN
Bermula waktu korban ini daripada terbit matahari pada 10 Zulhijah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah. Waktu yang afdal melakukannya adalah ketika matahari naik sekadar tujuh kaki dari ufuk pada Hari Nahr (10 Zulhijah).

F). LARANGAN KORBAN
Jika daging korban itu disebabkan wasiat daripada seorang yang meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.

Tidak harus memindahkan daging korban ke daerah lain seperti dalam hukum zakat.
Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.
Haram ke atas orang yang berkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada haiwan korban itu.

Perkara itu seperti sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu, maka tiada dikira korban baginya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Walaubagaimanapun menurut pandangan mazhab Hanbali, menjemput orang bukan Islam makan atau memberikan daging sembelihan korban sunat adalah dibolehkan asalkan ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan tujuan dan matlamat murni ibadah korban, tetapi daging korban wajib (nazar) tidak boleh kita berikan kepada mereka.


Ibadah Korban bertujuan mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan sepanjang tahun dan memberi orang lain sama-sama merasai nikmat yang Maha Khaliq disamping mempereratkan ukhuwwah sesama ummat.

Ikhlaskan niat dan perbanyakkanlah amal soleh dalam bulan Zulhijjah terutama dalam ibadah korban ini. Dan yang lebih penting, ikutilah sunnah rasulullah dan para salafus soleh.


Credit to : Syafiq Qolbu

Gigi Putih Seawal 7 Hari


Assalamualaikum



Zaman sekarang ni, bila bercakap soal kecantikan, ada yang mempertikaikan oleh sebab faktor kekangan masa. Semuanya busy dengan kerja dan bisnes masing-masing sampaikan kadang-kadang nak makan pun tak sempat.

Sesetengah tu pula, sanggup bersengkang mata di malam hari semata-mata nak siapkan kerja. Ada yang mengambil kafein dan merokok untuk menghilangkan rasa mengantuk. Namun, dalam tidak sedar, mereka tidak menitik beratkan akan penjagaan gigi selepas mengambil bahan-bahan berikut.

Suatu pagi, sambil bersiap-siap di depan cermin, tilik diri, haaaa baru sedar gigi yang dulu putih semakin kuning dan berkarat !!! Macam mana nak berurusan dengan orang sekeliling kalau gigi pun kuning ??? Nak senyum pun malu !!

Oh tidakkkkkkk !!!
Bagaimana nak atasinya ???!


Jangan risau. Pen Pemutih Gigi by RZN Beauty boleh membantu!


Kini, tiada alasan lagi!

Tidak perlu buang duit!

Tidak perlu buang masa!



Kelebihan & Manfaat Pen Pemutih Gigi by RZN Beauty 

 Berkesan menghapuskan warna kuning pada gigi supaya
kelihatan putih berseri seperti mutiara yang bersinar.
 Gigi putih hanya dalam masa 7 hari sahaja.
 Harga yang murah berbanding rawatan di klinik gigi.
 Ramuan herba semulajadi tanpa bahan yang membahayakan kesihatan;
dijamin selamat dan HALAL digunakan.
 Senang dibawa kemana sahaja & hanya sapu pada bila-bila masa yang anda mahu.


Kandungan Pen Pemutih Gigi by RZN Beauty

Ramuan berasaskan tumbuhan & tiada lemak haiwan!
Deioized Water
 Non-peroxide
 Glycerin
 Potassium Sorbate
 Polysorbate 20
 Triethanolamine
 Carbomer
 EDTA


Jadi, sesiapa yang tidak mempunyai masa dan modal untuk membuat rawatan gigi di klinik gigi, tidak perlu lagi risau. Hanya amalkan memakai Pen Pemutih Gigi ini secara konsisten, dan inshaAllah, kesannya dapat dilihat seawal 7 hari ! Info lanjut di DISINI.





Lagi testimoni Pen Pemutih Gigi by RZN Beauty, di Asyella Beauty Station




Rambut Bermasalah ?

Assalamualaikum....

Haii. Memang susah kalau mengalami masalah rambut gugur. Lebih-lebih lagi bagi perempuan yang bertudung. Seharian bekerja, bila balik rumah dan bukak tudung, tengok rambut gugur di lantai. Bukan tak cuba pelbagai cara nak mengatasinya, cuma kadang-kadang kekangan masa tu yang membuat jadi terbatas. Kan?

Lepas tu, seorang kawan baik mengsyorkan guna Syampu Marine Essence. Katanya sebelum ni, suami dia yang guna sebab masalah kelemumur. Baru tiga kali guna, kelemumur dah hilang, Alhamdulillah. Syampu ni juga boleh merawat pelbagai masalah rambut dan kulit kepala kerana ianya dihasilkan daripada 100% teknologi garam buluh serta sumber-sumber tumbuhan semulajadi. Tiada kesan sampingan, malahan tiada unsur haiwan dan chemical.

Selepas sendiri mengalami keberkesanannya dan masalah rambut gugur dapat diatasi, why not kongsi kebaikan dan khasiatnya dengan semua orang? Alhamdulillah syampu ini memang mujarab untuk:

✔ Mengecutkan jerawat kepala
✔ Menghilangkan masalah kulit kepala
✔ Keguguran rambut 
✔ Kelemumur
✔ Luruskan rambut
✔ Rambut kekal wangi seharian
✔ Merawat keseluruhan rambut



Eh, mesti orang cakap syampu yang mempunyai kebaikan macam ni mahal kan? Takkk.....
Hanya RM38 je (250ml)! Sangat jimat daripada bersusah payah pergi ke saloon atau pusat rawatan rambut yang mengenakan cas beratus ringgit untuk servisnya. Murah dan sangat berbaloi disamping memberi kepuasan berganda tambahan lagi rambut ni dikatakan mahkota setiap orang. Kan?

Sesiapa yang berminat dan ingin membelinya secara online, boleh whatsapp personal ke nombor +0194294329 (Ella)

Nak tengok testimoni? Boleh klik DI SINI


Rindu

Seringkali jugak kita cakap kita rindu seseorang, sesuatu, atau tempat.
Tapi.. apa sebenarnya maksud rindu?
Bila rindu, rasa macam nak dapatkan apa yang kita rindu.
Kalau rindukan seseorang, mesti nak sangat jumpa dengan orang tersebut.
Kalau rindukan tempat, mesti rasa macam nak pergi ke tempat tu sangat sangat. Kan?
Maksud rindu ni meluas. Terpulang pada masing-masing untuk tafsirkannya.




P/s: Rindukan family, seriously. 

SEGMEN: BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY

Assalamualaikum

GIVEAWAY

(blog anda akan diletakkan di dalam bloglist saya disidebar secara kekal)
TAMAT PADA 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

segmen theyanaonly ni bukan sekadar blogwalking tapi giveaway juga, ada hadiah bagi 2 orang yang bertuah. Macam mana nak join mudah sahaja baca bawah ni apa yang perlu anda lakukan
  1. buat "SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY" (jangan lupa linkkan)
  2. follow blog saya "i follow" (make sure jujur)
  3. follow twiter saya "i follow" (kalau ada twitter wajib)
  4. berapa kerap anda post cerita di blog anda ? (contoh dibawah pilih salah satu)
SETIAP HARI / SETIAP MINGGU / SETIAP 2 MINGGU 
          **Setiap hari ada, setiap minggu pun ada. Selalunya update entry based on my mood dan juga bergantung pada masa

dua orang yang bertuah dipilih dengan cara random.org akan dapat hadiah special

MUDAH KAN JUST COPY CODING DALAM BOX BAWAH NI AND PASTE DEKAT POST KORANG SEMUA TELAH SIAP DI LINK KAN.
TAMAT 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ENRTY ANDA

InshaAllah, ada rezeki tak kemana :)

Cara Terbaik Menenangkan Hati Ketika Kecewa

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan ia adalah lumrah kehidupan. Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak anak. Munkin juga ada sekelumis dari hati kita terkesan rasa kecewa 'cinta tidak berbalas' ' cinta tidak kesampaian' dan macam macam lagi lah.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk redam dan membuatkan kita merasa lemah, pilu tidak menentu.



Menenangkan hati Kecewa : Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.

Jom mengetahui beberapa tips untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah, duka dan pilu itu. Insyaallah, kita semua hamba Allah yang tidak terkecuali mengalami situasi begini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat membantu anda semua.

1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al  Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah pula bacaan, dengan membaca surah  surah yang lain. Sangat menenangkan hati.
Bagaimana jika sedang haid?  Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 atau cara yang boleh membantu anda.

2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Mula kan dgn niat :
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
(Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala)

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita terus kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

* Tips supaya mudah nak bangun :
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk sekurang kurangnya 10 kali. 
- Baca doa tidur dan niat dalam hati
"Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu"
- Ikhtiar cara lain, kunci jam loceng kalau ada

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

La haula wala quwwata illa billah(Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Sedih 
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta atau tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam atas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh. 

5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali  Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita. 
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. 


Credit to: Blog Pastikono

Penyakit Hati

[20 Penyakit Hati terhadap Allah]



 Tidak khusyuk beribadah
 Lalai dari mengingati Allah
 Tidak yakin dengan Allah
 Tidak ikhlas dengan Allah
 Tidak takut pada ancaman Allah
 Tidak harap pada rahmat Allah
 Tidak redha akan takdir Allah
 Tidak puas dengan pemberian Allah
 Tidak sabar atas ujian Allah
 Tidak bersyukur atas nikmat-Nya
 Tidak terasa hebatnya Allah
 Tidak rindu dan cinta pada Allah
 Tidak tawakkal pada Allah
 Tidak rindu pada syurga
 Tidak takut pada neraka
 Gila pada hal keduniaan
 Buang masa dengan sia-sia
 Takut pada orang dan makhluk lain selain Allah
 Riak & takbur
 Gila pujian & kemasyuran


Rezeki Allah itu Luas

Dikurniakan tubuh badan yang sihat oleh Allah Taala adalah satu nikmat kepada manusia. Dengan nikmat tubuh badan yang sihat ini, kita mampu bekerja mencari rezeki, beriadah bersama keluarga, melakukan pelbagai aktiviti kegemaran dan macam-macam lagi.

Berusaha dengan tulang empat kerat untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah memang menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim yang bertakwa. Allah SWT menyeru kita agar bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki sebaik sahaja selesai menunaikan kewajipan dan tuntutan kepadaNya.



Firman Allah SWT: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah al-Jumu’ah, ayat 10) .



Rezeki Allah itu luas…

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.  Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas. Berusahalah dengan jalan sabar, tekun, bertanggungjawab dan bertawakkal kepada Allah. Kadang-kadang kita hanya pandai merungut dan meminta-minta, sedangkan kita belum cukup berusaha. Berusaha dan berdoalah, pasti Allah akan membantu kita. Namun seringkali kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi kehidupan seharian dirasakan tiada perubahan dan makin terhimpit. Berbaik sangkalah dengan Allah, kerana Allah pasti akan memakbulkan doa kita. Mungkin hanya masa yang menentukan, sama ada lambat atau cepat. Ada kala Allah tidak memberi seperti apa yang kita minta kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Rezeki bukan hanya dalam bentuk harta dan wang ringgit. Dianugerahkan dengan anak yang ramai juga merupakan rezeki daripada Allah. Ada sesetengah daripada kita tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lama mendirikan rumahtangga. Beribu-ribu wang dihabiskan, berpuluh pakar ditemui, pelbagai kaedah digunakan tetapi masih belum berhasil. Bersyukurlah dengan nikmat dan rezeki Allah ini kepada yang telah memiliki anak. Kepada yang tiada rezeki anak, mungkin diberikan mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki wang ringgit dan harta benda, mungkin Allah berikan kita dengan rezeki kesihatan. Maka kita lebih gembira dengan kehidupan kita yang sentiasa sihat dan ceria. Jauh dari kerisauan untuk menjaga harta benda. Apa guna memiliki kekayaan melimpah ruah jika tubuh badan tidak sihat? Pasti tidak gembira kan?

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang memberikan masalah. Maka kita lebih bahagia dan gembira dari membayar kerosakan yang mahal.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki memiliki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki dalam bentuk makanan yang tak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dan gembira dari si gelandangan.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki pasangan hidup yang cantik, mungkin diberikan rezeki dengan pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana mendapat teman yang menyejukkan hati dan kehidupan berkeluarga sentiasa terjaga.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Jika tiada rezeki pada hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada keesokkan hari. Maka kita lebih bahagia dan gembira kerana memperolehi rezeki yang tidak dijangka.

❥ Rezeki Allah itu luas…

Bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Dia Allah yang maha adil lagi maha memberi.


Penjagaan Gigi

Gigi adalah salah satu anggota badan yang kita perlu jaga kerana jika gigi anda patah atau rosak, tidak akan ada gigi baru yang akan tumbuh. Akibat daripada kelalaian menjaga gigi, anda mungkin terpaksa memakai gigi palsu buat seumur hidup anda.



1- Cara menjaga gigi yang pertama adalah anda perlu gosok gigi dengan serius. Ramai orang gosok gigi dengan perasaan tidak serius di mana mereka hanya lalukan sahaja berus gigi tanpa meneka atau menyental. Akibatnya kotoran pada gigi tidak tertanggal. Anda perlu tenyeh dan sental gigi anda dengan berus gigi supaya semua kotoran pada gigi keluar.

2- Selepas makan, anda buang semua cebisan makanan yang terlekat pada gigi anda. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan. Tips menjaga gigi ini adalah penting untuk anda ikut kerana ia memastikan gigi anda bebas daripada bakteria.

3- Cepat–cepat gosok dan bersihkan gigi selepas anda melakukan perbuatan yang boleh merosakkan gigi. Antara perbuatan yang boleh merosakkan gigi adalah merokok, makan makanan manis, minum arak, minum teh dan minum air kopi.

4- Gunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol untuk membunuh semua bakteria yang terdapat di dalam mulut anda. Tips menjaga gigi ini anda amalkan setiap kali sebelum tidur.

5- Ambil banyak makanan yang ada fiber kerana ia boleh membantu untuk menguatkan gigi anda.
Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap dengan orang, bertemu klien jika dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sepasang gigi yang putih berseri. Ketahu rahsia bagaimana hendak memutihkan gigi dalam hanya 7 hari DI SINI !

Khasiat Garam Buluh

Kajian daripada saintis-saintis mendapati garam buluh mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Berikut adalah beberapa hasil penemuan daripada saintis-saintis yang mengkaji tentang garam buluh:



1. Anti-alergik
Mengehadkan tindak balas alergi dengan menghalang pembentukan bengkak akibat alergik (Shin, Hey-Yong., 2004)

2. Anti-kanser
Garam buluh mengandungi esktrak methanol yang mempunyai kesan anti-mutasi yang boleh mengurangkan pembentukan sel-sel kanser di dalam badan. (Hwang, Kyung-Mi, et. al., 2007; Park, Kun-Young et. Al., 2012).

3. Melawan obesiti
Kajian terbaru mendapati garam buluh mengurangkan berat badan dengan menurunkan paras lipid (lemak) di dalam tisu badan. (Park, Kun-Young, et.al., 2013)

4. Merawat masalah gigi
Saintis mendapati pesakit gigi menggunakan garam buluh untuk menguatkan enamel gigi, masalah pembentukan plak dan gingivitis. (Min, B.S., et al., 1995)

5. Mengurangkan fungsi keradangan
Garam buluh lebih berkesan untuk mengurangkan masalah keradangan dan penyakit yang berkaitan dengan keradangan berbanding garam biasa (Shin, Hye-Young, et.al., 2003)

6. Anti pertumbuhan mikroorganisma
Kajian makmal mendapati di antara 20 jenis garam (garam halus, garam proses, garam laut dan garam buluh), hanya garam buluh mempunyai sifat untuk menentang pertumbuhan mikroorganisna bernama Salmonella (Moon, JH, et.al., 2009)

7. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
Garam buluh mengandungi bahan kimia khas yang menghalang proses kematian sel-sel badan yang penting seperti sel kohlear yang berfungsi untuk pendengaran. Kemoterapi mempercepatkan kematian sel-sel badan manakala garam buluh menghalangnya (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)

8. Penjagaan telinga
Khasiat magnesium di dalam garam buluh mampu mengurangkan masalah kehilangan pendengaran (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)

9. Merawat ulser dan gastrik
Garam buluh menghasilkan hydrogen sulfida mampu bertindak sebagai pemancar yang memperbaiki fungski fisiologi badan   terutamanya masalah sistem pencernaan badan (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)

10. Diabetis
Garam buluh membantu peningkatan paras glukosa di dalam badan dan pengambilan glukosa di dalam otot (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)

11. Merawat arthritis
Jika digunakan bersama rawatan akupuntur, ia boleh merawat arthritis (Xu, Kai-Sheng, 2009). Kandungan magnesium di dalam garam buluh yang tinggi berbanding di dalam garam lain mampu mengurangkan masalah sakit sendi dan otot.

12. Rawatan untuk sakit tekak
Garam buluh yang bertindak sebagai ejen penghalang keradangan mampu mengurangkan bengkak di dalam tekak dan mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan itu (Choi, CH, et. Al., 2012)

Daripada bukti-bukti klinikal di atas, ini membuktikan bahawa khasiat garam buluh sememangnya baik untuk kesihatan dan sebagai alternatif kepada garam proses yang biasa kita ambil. Apa yang boleh difahami daripada proses penghasilan garam buluh ini adalah ianya satu proses untuk mengembalikan khasiat garam yang sudah hilang.

Sudah tiba masanya untuk mendapatkan kembali mendapatkan khasiat sebenar daripada garam. Garam buluh yang dibakar sembilan kali adalah pilihan terbaik untuk menyedapkan masakan dan untuk kesihatan yang menyeluruh.

Garam Buluh


Adakah garam yang anda ambil setiap hari dapat mencukupi keperluan kesihatan anda?

Cuba fikir kembali.  Dengan beberapa sudu yang anda tambah ke dalam masakan, ia hanya mencukupkan kesedapan rasa. Kalau terlebih, ia akan menjadi terlalu masin.

Umum mengetahui bahawa garam adalah di antara ramuan penting yang sering digunakan di dalam makanan. Tanpa garam maka tidak enaklah makanan yang itu.

Garam sememangnya baik untuk kesihatan. Ia mampu untuk menstabilkan tekanan darah dan membantu fungsi sistem saraf dan otot dengan baik. Namun, garam yang diambil di dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan risiko mendapat strok dan penyakit kardivaskular. Oleh itu, pengambilan perlu dihadkan kepada 5 gram garam sehari (sumber WHO).

Persoalan di sini bukanlah tentang sebanyak mana garam yang diambil. Ia adalah tentang garam itu sendiri. Adakah ianya benar-benar menyihatkan? Untuk menjawab persoalan itu, mari kita teliti perihal sebenar garam yang kita ambil.


Apa yang ada di dalam garam biasa?

Pada asalnya, garam adalah bersifat semulajadi, tidak diubah, tidak bertapis, berbentuk kristal dan mengandungi mineral. Namun, apabila melalui proses kimia, struktur dan kandungan utama di dalam garan telah dilunturkan dan dibersihkan. Mineral penting seperti magnesium, kalsium, potassium dan sebagainya hilang bersama dengan proses kimia ini. Yang tinggal hanyalah dua elemen asas iaitu natrium dan klorida.

Proses ini dilakukan supaya ia mudah dicampurkan dengan bahan-bahan lain terutamanya di dalam masakan. Namun, ia mendatangkan kesan tidak baik kepada tubuh badan manusia. Ini kerana garam yang diproses mengandungi bahan penyerap kelembapan yang bernama ferrosianida dan aluminosilikat. Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan manusia.

Adalah sukar untuk mendapatkan garam yang masih belum diproses dan mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Anda perlu membayar dengan harga yang agak tinggi utnuk mendapatkannya.

Jadi, bagaimana untuk mendapatkan garam yang mengandungi semua khasiat mineral untuk tubuh badan dan tidak berbahaya kepada kesihatan?




Penawar yang terhasil daripada garam yang telah dibakar.

Garam buluh adalah satu inovasi garam yang dianggap sebagai garam ajaib kerana mampu merawat kanser, sakit mulut, penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan badan, merawat jerawat dan meremajakan wajah.

Berasal dari Korea, ia dihasilkan dengan memasukkan garam ke dalam bekas buluh dengan hujung bekas itu disalut dengan tanah liat asli yang kaya dengan garam mineral. Bekas tersebut kemudian dibakar di dalam relau dengan kayu pain sebagai bahan bakarnya. Proses ini mengambil masa selama 10 jam dengan suhu pemanasan di antara 1000-1500 darjah Celsius.

Prosedur ini diulang beberapa kali di antara 3 ke 9 kali. Daripada pemerhatian saintis, keberkesanan garam buluh akan lebih baik jika dibakar lebih lama. Kaedah pembakaran berulang akan meningkatkan penyerapan garam mineral dari buluh dan tanah liat ke dalam garam laut.

Garam buluh dilabel mengikut berapa lama ia dibakar. Label-label seperti 1 kali, 2 kali, 3 kali, 6 kali dan 9 kali menunjukkan bilangan proses memanggang garam buluh. Lebih besar nombornya, lebih banyak kandungan mineral di dalamnya.

Aurat Wanita

Apakah batasan aurat wanita?

Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;
1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
2. Aurat di hadapan mahram
3. Aurat di hadapan wanita lain

Apakah aurat wanita dengan suaminya?

Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Siapakah mahram bagi seorang wanita? Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

Namun ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram. Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan; “Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain. Pandangan kedua inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita berbanding pandangan jumhur tadi.





Merujuk kepada huraian kita sebelum ini, maka kita akan dapati bahawa perhiasan pada badan wanita itu ada dua jenis

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan muka dan tangan (seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan) kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat 31 (dari surah an-Nur) di atas.

Jadi, hukum perhiasan adalah mengikut hukum tempat beradanya perhiasan itu. Jika ia berada di kawasan badan yang harus didedahkan (iaitu muka dan dua tangan), maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga harus. Jika ia berada di kawasan badan yang haram didedahkan, maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga adalah haram.

Selain di hadapan suami dan mahram, di hadapan siapa lagi wanita diberi kelonggaran untuk memperlihatkan perhiasan khafiynya?

1. Sama-sama kaum wanita
2. Di hadapan hamba-hamba mereka
3. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
4. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.


Apakah batasan aurat sesama wanita?

1. Aurat di hadapan wanita Islam. 

Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan mahramnya, iaitu;

a) Menurut jumhur ulamak; antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur ini, harus seorang wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian antara pusat dan lutut sahaja.

b) Menurut sebahagian ulamak; seluruh badannya adalah aurat kecuali kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betis. Jadi menurut pandangan ini, harus seorang wanita mendedahkan kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betisnya di hadapan wanita Islam. Bahagian lain tidak harus didedahkan kerana ia masih tetap aurat walaupun di hadapan wanita Islam. 

2. Aurat di hadapan wanita kafir

Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir;

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam tadi iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.

Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak;

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.



Credit to: Laman Fiqh Anda