1. Anti-alergik
Mengehadkan tindak balas alergi dengan menghalang pembentukan bengkak akibat alergik (Shin, Hey-Yong., 2004)
2. Anti-kanser
Garam buluh mengandungi esktrak methanol yang mempunyai kesan anti-mutasi yang boleh mengurangkan pembentukan sel-sel kanser di dalam badan. (Hwang, Kyung-Mi, et. al., 2007; Park, Kun-Young et. Al., 2012).
3. Melawan obesiti
Kajian terbaru mendapati garam buluh mengurangkan berat badan dengan menurunkan paras lipid (lemak) di dalam tisu badan. (Park, Kun-Young, et.al., 2013)
4. Merawat masalah gigi
Saintis mendapati pesakit gigi menggunakan garam buluh untuk menguatkan enamel gigi, masalah pembentukan plak dan gingivitis. (Min, B.S., et al., 1995)
5. Mengurangkan fungsi keradangan
Garam buluh lebih berkesan untuk mengurangkan masalah keradangan dan penyakit yang berkaitan dengan keradangan berbanding garam biasa (Shin, Hye-Young, et.al., 2003)
6. Anti pertumbuhan mikroorganisma
Kajian makmal mendapati di antara 20 jenis garam (garam halus, garam proses, garam laut dan garam buluh), hanya garam buluh mempunyai sifat untuk menentang pertumbuhan mikroorganisna bernama Salmonella (Moon, JH, et.al., 2009)
7. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
Garam buluh mengandungi bahan kimia khas yang menghalang proses kematian sel-sel badan yang penting seperti sel kohlear yang berfungsi untuk pendengaran. Kemoterapi mempercepatkan kematian sel-sel badan manakala garam buluh menghalangnya (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)
8. Penjagaan telinga
Khasiat magnesium di dalam garam buluh mampu mengurangkan masalah kehilangan pendengaran (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)
9. Merawat ulser dan gastrik
Garam buluh menghasilkan hydrogen sulfida mampu bertindak sebagai pemancar yang memperbaiki fungski fisiologi badan terutamanya masalah sistem pencernaan badan (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)
10. Diabetis
Garam buluh membantu peningkatan paras glukosa di dalam badan dan pengambilan glukosa di dalam otot (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011)
11. Merawat arthritis
Jika digunakan bersama rawatan akupuntur, ia boleh merawat arthritis (Xu, Kai-Sheng, 2009). Kandungan magnesium di dalam garam buluh yang tinggi berbanding di dalam garam lain mampu mengurangkan masalah sakit sendi dan otot.
12. Rawatan untuk sakit tekak
Garam buluh yang bertindak sebagai ejen penghalang keradangan mampu mengurangkan bengkak di dalam tekak dan mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan itu (Choi, CH, et. Al., 2012)
Daripada bukti-bukti klinikal di atas, ini membuktikan bahawa khasiat garam buluh sememangnya baik untuk kesihatan dan sebagai alternatif kepada garam proses yang biasa kita ambil. Apa yang boleh difahami daripada proses penghasilan garam buluh ini adalah ianya satu proses untuk mengembalikan khasiat garam yang sudah hilang.
Sudah tiba masanya untuk mendapatkan kembali mendapatkan khasiat sebenar daripada garam. Garam buluh yang dibakar sembilan kali adalah pilihan terbaik untuk menyedapkan masakan dan untuk kesihatan yang menyeluruh.
5 comments:
pertama kali dengar.. hahaha
macam menarikk :D
Terbaik Sharing.
Anda NAK HAMIL? Buntu dah cuba pelbagai cara? : VITAMIN UNTUK HAMIL
Bimbang pengambilan Paracetamol atau painkiller kerana Migrain? TIPS MEGURANGKAN MIGRAIN SECARA SEMULAJADI
kalau amalkan homeopati ok x?
Post a Comment