Cara Terbaik Menenangkan Hati Ketika Kecewa

Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan ia adalah lumrah kehidupan. Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak anak. Munkin juga ada sekelumis dari hati kita terkesan rasa kecewa 'cinta tidak berbalas' ' cinta tidak kesampaian' dan macam macam lagi lah.

Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk redam dan membuatkan kita merasa lemah, pilu tidak menentu.



Menenangkan hati Kecewa : Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.

Jom mengetahui beberapa tips untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah, duka dan pilu itu. Insyaallah, kita semua hamba Allah yang tidak terkecuali mengalami situasi begini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat membantu anda semua.

1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al  Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah pula bacaan, dengan membaca surah  surah yang lain. Sangat menenangkan hati.
Bagaimana jika sedang haid?  Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 atau cara yang boleh membantu anda.

2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Mula kan dgn niat :
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
(Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala)

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.

Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita terus kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

* Tips supaya mudah nak bangun :
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk sekurang kurangnya 10 kali. 
- Baca doa tidur dan niat dalam hati
"Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu"
- Ikhtiar cara lain, kunci jam loceng kalau ada

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

La haula wala quwwata illa billah(Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Sedih 
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta atau tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.

Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam atas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh. 

5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali  Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita. 
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. 


Credit to: Blog Pastikono

4 comments:

Unknown said...

Nice entry

beat said...

ada doa dia...xigt

gnesop said...

nice info
selamat beramal :)

Unknown said...

Dekatkan diri dengan Allah adalah yang terbaik!

Lagu sedeh - Lagu-lagu adele best utk org yg putus cinta!hehe